Saturday, May 16, 2015

SELAMAT HARI GURU 2015


Selamat Hari Guru 2015

"Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah tema pada tahun ini. Tema tersebut dapat menggambarkan cabaran dan tanggungjawab yang digalas guru sangat berat. Apatah lagi zaman media sosial ketika ini, telah menambahkan lagi satu cabang cabaran baru bagi mendidik anak murid yang semakin terdedah kepada unsur-unsur negatif.

Semoga jasa guru yang ikhlas berbakti diberi ganjaran setimpal di Akhirat nanti.


Friday, November 21, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah Bagi Ibu Bapa Berwawasan


Cuti panjang persekolahan 2014 memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengasah bakat, kemahiran dan memberi nilai tambah kepada anak-anak. Banyak program sempena cuti sekolah berbentuk motivasi, penerokaan bidang baru dan memantapkan kemahiran disediakan oleh berbaga pihak. Oleh itu ibu bapa boleh merancang dan memilih program yang sesuai untuk anak-anak mereka.

www.anakpintar2u.com

Wednesday, November 19, 2014

MATSA - MAKANAN TAMBAHAN BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MATEMATIK DAN SAINS



MATSA merupakan rumusan pemakanan istimewa berasaskan Sains Homeopati. MATSA berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, iaitu aktiviti yang melibatkan proses pemikiran yang berteras kepada logik dan fakta seperti mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.


Penyelidikan oleh penyelidik Neurosains, Prof. Roger Sprry dan Prof. Robert Ornstein menyatakan terdapat perbezaan fungsi antara otak kiri dan otak kanan. Hasil kajian ini turut disokong oleh beberapa saintis lain. Hasil penyelidikan tersebut telah membawa kepada rumusan bahawa hemisfera kanan otak terlibat dalam hal-hal yang masih belum konkrit seperti imej, dimensi, imaginasi dan ritma.. Manakala hemisfera kiri otak berfungsi melibatkan perkara-perkara yang telah konkrit seperti logik, bahasa, analisa dan matematik. Oleh itu otak kanan dikenali sebagai otak seni dan otak kiri adalah otak sains.



Friday, November 7, 2014

CARA PENGAMBILAN SALINDAH DAN KHASIAT SALINDAH FORMULASI PROF DR AZIZAN ISMAIL



PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 12 HAMIL


GUNAKAN B1
KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi, dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul siput urat di kaki, dan menghilangkan letih lesu.


PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 24 HAMIL


GUNA KAN B2
KHASIAT :
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. Menambah selera makan dan menambah darah. Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.


PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 28 HAMIL 


GUNAKAN B3
KHASIAT :
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak yang masih dalam kandungan. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.


PERINGKAT HAMIL:
MULAI 4 MINGGU SEBELUM BERSALIN


GUNAKAN B4
KHASIAT :
Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


PERINGKAT HAMIL :
MULAI 2 MINGGU SEBELUM BERSALIN 


GUNAKAN B5
KHASIAT :
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


PERINGKAT HAMIL :
MULAI 1 MINGGU SEBELUM BERSALIN


GUNAKAN B6
KHASIAT :
Remedi ini menguatkan teranan,menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.


SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L7
KHASIAT :
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan penahanan. Boleh digunakan sebagai sapuan pada pusat bayi.


MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L8
KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


MULAI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L9
KHASIAT:
Remedi istimewa untuk menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan , menghentikan darah nifas, membetulkan urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut.


MULAI HARI KEENAM SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L10
KHASIAT :
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


MULAI HARI KETUJUH SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L11
KHASIAT :
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur, menghilangkan kebas-kebas, menyegarkan rahim dan alat peranakan.


MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN
GUNAKAN L12
KHASIAT:
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan dan menimbulkan kesegaran.


PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN DARI BULAN PERTAMA HINGGA BULAN KE SEMBILAN



Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku.Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

BULAN PERTAMA

Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).


BULAN KEDUA 

Pada hujung minggu kelapan lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).


BULAN KETIGA 

Menjelang bulan etiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).


BULAN KEEMPAT

Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)


BULAN KELIMA

Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .


BULAN KEENAM

Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).


BULAN KETUJUH

Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).


BULAN KELAPAN

Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).



BULAN KESEMBILAN

Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.

Tuesday, August 12, 2014

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA MELALUI SMS


Semakan keputusan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau yang setaraf untuk sesi akademik 2014/2015 boleh dilakukan bermula hari ini. 

Semakan ini dibuka sehingga jam 11.59, 11 September 2014.

Cara semakan melalui SMS adalah taip UPU<jarak>RESULT<jarak>NoK/ dan hantar ke 15888.

Sebarang maklumat lanjut yang diperlukan boleh menghubungi 03-88706767.  

Maklumat mengenai permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional dan ILKA boleh didapati melalui laman web berikut

http://upu.moe.gov.my

Monday, August 11, 2014

EXAMO CKM500, NUTRISI STRATEGIK MERANGSANG MINDA



Maklumat penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa yang mempunyai anak berkaitan kesihatan minda anak!!

Examo CKM 500 dicipta bagi menyelesaikan masalah pemakanan di dalam kehidupan seharian kita.

Seringkali kita disarankan agar mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan tubuh, terutama untuk perkembangan sel-sel neuron otak. Malangnya, tanpa kita sedari kebanyakan makanan yang diambil dan diamalkan yang sepatutnya bersifat baik untuk otak tetapi telah bertukar sifatnya kepada tidak baik malah mungkin menjadi racun kepada sel otak.

Sebagai contoh, sayuran hijau seperti bayam telah terbukti baik untuk fungsi otak tetapi disebabkan penggunaan racun serangga terhadap tanaman bayam telah menukar sifatnya kepada tidak baik untuk otak. Begitu juga makanan kering seperti kismis yang akan berubah sifatnya apabila dicampur alcohol sebagai pengawet.

EXAMO CKM-500 adalah alternative nutrisi minda yang diformulasi khas, suci, halal, bebas daripada racun serangga perosak dan tidak memberi kesan sampingan..